Pertama Ferroalloys Berhasrat Jalin Kerjasama Dengan Kerajaan Sarawak

Credit Source: Ukas (Ukas, 2023)

KUCHING: Syarikat Pertama Ferroalloys Sdn Bhd berhasrat menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam menubuhkan dana pendidikan dengan kerjasama Yayasan Sarawak.

Pengerusinya Hirotaka Suzuki berkata selain daripada Samalaju, pihaknya turut berhasrat bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) bagi mengembangkan perniagaan mereka.

“Kami ingin menubuhkan dana pendidikan dengan kerjasama Yayasan Sarawak kerana pendidikan sangat penting.

“Selain daripada itu, kami juga berfikir untuk bagaimana menyumbangkan kepada Sarawak selain daripa segi kewangan.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Selasa.

Terdahulu, Premier Sarawak turut menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia Tuan Yang Terutama Brigadier Jeneral Dato Paduka Mahmud Saidin diiringi Konsul Agung Negara Brunei Darussalam Noni Zurainah Ismi.-EDISI UKAS